triple
Malaysia



   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Sunday, October 19, 2008
[ kek marble susu ]

Image1079.jpg picture by jejerZ

250g mentega
1 1/2 cawan gula
2 sudu kecil ovalete
4 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair
coklat cair dan coklat rice untuk hiasan

1.Pukul mentega,gula kastor & ovalette hingga gebu & kembang.
2.Masukkan sebiji demi sebiji telur. Pukul hingga naik.
3.Masukkan tepung,serbuk penaik. Kacau rata.
4.Bubuh susu,gaul sebati.
5.Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko,susu  ke dalam satu bahagian.
6.Bubuh ½ senduk adunan biasa ke dalam Loyang yg dilengser dan dialas dgn kertas kalis minyak.ratakan pula ½ senduk adunan koko. Ulang sampai habis.
7.Goyangkan Loyang supaya adunan menjadi rata.
8.Bakar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak
9.cairkan coklat masakan dan tuangkan keatas kek yang telah disejukkan..taburkan coklat rice..

http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=75418


Posted at 03:35 pm by triple
nak komen x?  

[ jemput2 ]

Image1076.jpg picture by jejerZ

bahan2: (untuk 6-8 org makan)

  • 1kg tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis di tumbuk
  • 1/3 mangkuk kecil udang kering
  • daun bawang / daun sup yang di hiris
  • air sejuk (air dr peti ais -untuk pastikan kulit luar jemput2 rangup)
  • 1 sudu kecil mauru pan (ibu roti)

- gaul semua bahan sehingga sebati..biarkan dalam 10 minit.. dan goreng seperti biasa.. hidangkan dengan pencicah atau sos cili..

 


Posted at 03:26 pm by triple
nak komen x?  

 
Tuesday, September 23, 2008
[ nutty coffee cookies ]

bahan2:

  • 250g tepung gandum
  • 230g gula pasir
  • 230 marjerin
  • 50g tepung jagung
  • 50g tepung kastard
  • 20g susu tepung
  • 20g serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji telur
  • badam / kacang tanah separuh hancur untuk hiasan

-semua bahan2 bertepung diayak..pukul marjerin dan gula hingga kembang..masukkan telur dan esen kopi.. pukul lagi.. kemudian masukkan semua bahan bertepung tadi dan kacau hingga sebati dan dijadikan doh.. rehatkan sebentar..gentel adunan tadi bulat2 dan cecahkan bahagian atas dengan badam / kacang tanah yang ditumbuk kasar.. bakar selama 10-15 minit dengan kepanasan 160C.

nutty-coffee-cookies.jpg picture by jejerZ

sebelum dibakar..

nutty-coffee-cookies1.jpg picture by jejerZ

siap dibakar..


Posted at 08:17 am by triple
nak komen x?  

 
Sunday, September 21, 2008
[ mixed fruits cookies ]

ni biskut aku reka ikot pala aku sendirik.. rasanya sedap.. serius!! ekekeke

bahan2:

  • 250g tepung gandum
  • 240g marjerin
  • 230g gula (tak perlu manis sgt coz mixed fruits already manis)
  • 50g tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu esen vanila
  • 100g mixed fruits
  • 50g badam hancur
  • ceri hijau untuk hiasan

-ayak tepung gandum bersama dengan tepung jagung dan serbuk penaik.rehatkan seketika. putar marjerin bersama gula hingga kembang. masukkan telur dan esen vanila. masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit..masukkan mixed fruits dan kacau lagi dengan senduk perlahan2.rehatkan doh seketika. cubit sedikit doh dan letakkan di atas loyang pembakar hiaskan dengan ceri hijau.. bakar selamat 10-15 minit dalam kepanasan 160 C.

 

mixed-fruits-cookies.jpg picture by jejerZ

dalam proses untuk dibakar

mixed-fruits-cookies2.jpg picture by jejerZ

siap!! (hangit sket aku punya biskut).. ekekeke


Posted at 03:12 pm by triple
nak komen x?  

 
Saturday, September 20, 2008
[ kuih seri muka ]

Image960.jpg picture by jejerZ

**ni rupa seri muka yang aku buat.. pulut yang area bawah tuh lembik sedikit.. lain kali kene kurangkan santan sedikit..

bahan2:

275 gm pulut (direndam semalaman atau sekurang-kurangnya6 jam)
195 ml pati santan (untuk Kastard

½ sudu gara
1 helai daun pandan

Bahagian atas
3 biji telur
170 gm gula pasir
1 sudu air daun pandan
195 gm pati santan

 

Cara:
Sediakan Pengukus; Masak air anggaran 3/4 periuk kukus dan satu cerek lagi untuk tambah. Sediakan pulut untuk bahagian bawah kuih; Tus pulut yang telah direndam dan kukus bersama dengan daun pandan yang telah disimpulkan,garam dan santan dalam dulang pengukus hingga masak. Sediakan kapala kuih; Pukul telur dan gula pasir. Masukkan air daun pandan dan pati santan. Kacau pulut supaya sebati. Tekan pulut dengan daun pisang hingga licin. Kukus selama 5 minit. Masakkan kepala Kuih; Kacau campuran telur rata-rata dan tuang ke atas pulut. Kukus lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal. Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kulit itu tidak beralur. Keluarkan daripada pengukus. Sejukkan dalam dulang yang berisi air. Potong dalam serong wajik dan hidang dalam pinggan kuih beralas daun pisang.

resepi ehsan dari:  http://resepi.mesra.net/Detailed/1913.shtml

Posted at 03:23 pm by triple
nak komen x?  

 
Thursday, September 11, 2008
[ masak lomak cili api ]

Ikan
Cili api - byk ikut suka. Kalau suka pedas buh byk sket
Santan kelapa
Asam keping
Garam
Kunyit

1. fes, blender / tumbuk cili api dengn kunyit
2. pastu jerang cili tu ngan santan. Kena kacau selalu supaya x pecah
minyak
3. bila kuah dah menggelegak leh masukkan ikan, garam dan asam keping
(nak campurkan kcg buncis pun boleh,or kcg pjg, kangkung ke, pucuk ubi
ke)
4. kacau2 lagik dgn lemah lembut supaya ikan tak hancur
5. dah masak boleh lah dihidangkan.


Posted at 12:00 pm by triple
nak komen x?  

 
Wednesday, September 10, 2008
[ puding karamel ]

semalam buat ni..senang jer..

bahan2:

  • 10 biji telur (kalau nak buat sikit boleh kurang kan jumlah telur)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 cawan gula (boleh kurangkan jika mahu kurang manis)

Image976.jpg picture by jejerZ

1. putar telur, gula, tepung jagung hingga kembang.. semantara itu cairkan 1/2 cawan gula hingga perang untuk djadikan gula hangus.. masukkan gula hangus ke dalam loyang..

Image977.jpg picture by jejerZ

2. kemudian boleh laa tuangkan adunan telur tadi kedalam loyang tersebut..kukus lebih kurang dalam 35-40 minit.. apabila masak terbalikkan loyang dan biarkan sejuk..

 

Image983.jpg picture by jejerZ

3. tadaaaaaaaaaaaaaaa!! jadik la puding karamel yang sodap hingga menjilat ibu jari kaki.. ahahahhaha


Posted at 12:18 pm by triple
nak komen x?  

 
Tuesday, September 02, 2008
[ nasi ayam ala jejerZ ]

1ramadhan.jpg picture by jejerZ

nasi
bawang putih
halia
stok ayam
marjerin
garam
beras
daun pandan

-basuh beras...masukkan bawang putih ngan ngan halia yang dihiris nipis..masukkan marjerin dan stok ayam serta garam..
masak nasik cam biasa..

ayam
bawang putih
halia sikit
kicap cair
gula
garam
ajinomoto (jika suka)

-ayam tuh eloknya direbus sekejap biar separuh empuk..air rebusan boleh digunakan untuk masak nasi dan separuh lagi untuk buat sup..toskan kan sekejap.. perapkan dengan semua bahan di atas yang telah ditumbuk lumat..biarkan dalam 20 min kemudian boleh la digoreng atau di bakar..

sup
bawang merah
bawang putih
sup bunjut-1
cili padi hiris (kalau suka pedas)
daun sup

-tumis bawang merah n bawang putih dengan sup bunjut sampai naik bau.. kemudian boleh la masukkan stok ayam / air.. masukkan cili padi..biarkan mendidih.. rasakan dengan garam dan ajinomoto..tutup api.. letak daun sup..

cili
bawang putih
halia sikit
cili padi / cili besar
gula
sos cili
cuka sikit
limau nipis - jika suka

-blender sume sekali sampai lumat...


Posted at 01:45 pm by triple
nak komen x?  

 
Saturday, August 30, 2008
[ ikan masak masam manis ]

Image941.jpg picture by jejerZ

bahan2:

  • 5-6 ekor ikan (ikan menda aku tak tahu..**mati la tukang masak x kenal ikan)
  • bawang merah 7 bjij blender
  • bawang besar  biji hiris bulat2
  • cili boh / cili kering
  • kacang bendi *aku suke letak.. kalau tak nak letak pon tak pa
  • sos cili
  • sos tomato
  • tomato sebijik (hiris2)
  • minyak sedikit utk menumis
  • air sedikit
  • garam / gula/ ajinomoto

- siang ikan, garam kunyitkan ia..dan goreng.. toskan.. panaskan minyak di dalam kuali, tumis cili boh, masukkan bawang merah yang diblender... tumis hingga naik bau dan sedkit kering.. tuang sedikit air masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula, ajinomoto.. biarkan kuah pekat sedikit masukkan tomato, bawang besar dan bendi.. biarkan seketika dan masukkan ikan..biarkan kejap.. siap!~


Posted at 02:52 pm by triple
nak komen x?  

[ apple pie ]

ni percubaan pertama aku..nak kata sebijik macam yang dibuat kat dalam tv tuh tak lah... tapi boleh la tahan tang rasanya tuh... wahahahah

bahan untuk doh:

  • 5 cawan tepung gandum (mengikut berap banyak pai yang anda mahu)
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 2 cawan marjerin

- adun semua bahan tadi .. guna tangan lagi senang... jadikan doh..'rehatkan' ia seketika..

bahan2 utk inti :

  • 6 biji epal hijau.. dikupas kulit dan dipotong dadu
  • 2 cawan gula kasar / gula perang
  • kulit kayu manis
  • 2 sudu besar marjerin

Image937.jpg picture by jejerZ

- cairkan marjerin.. masukkan kesemua bahan tadi..kacau hingga epal separuh empuk.. buang kult kayu manis dan sejukkan.

*******

doh tadi dibahagi kepada 2 bahagian..digelek2 hingga rata.. letakkan di dalam dulang.. padat2 kan.. tinggikan sedikit doh untuk bahagian tepi tulang.. padat2kan lagi hingga tiada 'lubang'.. masukkan inti pai tadi.. tutup dengan adunan disebelah atas.. riaskan di bahagian tepi doh dan cucuk bahagian atas dengan garfu untuk pengaliran udara dari dalam..sapukan kuning telur (aku lupa nak buat) dan  bakar dalam suhu 180 c selama 45 minit atau sehingga masak..

Image938.jpg picture by jejerZ

rupa doh sebelum di bakar..

Image940.jpg picture by jejerZ

dah masak..! gambor kurang memuaskan.. keraknya lemak2 dan rangup2.. intinya lembab.. best makan ngan teh panas.


Posted at 02:13 pm by triple
nak komen x?  

Next Page